“Kalau anda terlepas Bitcoin 2013, 2017 & 2021.. jangan ulang silap yang sama hari ini.”
“Bayangkan kalau anda beli RM100 Bitcoin tahun 2013…”
Hari ini nilainya dah cecah ratusan ribu ringgit.
Tapi realitinya 99% orang terlepas peluang kripto bukan sebab malas, tapi sebab tak faham , tak tahu bagaimana nak bermula.
👉 Semua masalah ni adalah normal. Tapi kalau anda biarkan saja, percayalah… anda akan ulang kesilapan sama macam orang yang terlepas peluang Bitcoin 10 tahun lepas
Apa Yang Anda Akan Dapat?
🔥 12 Modul Lengkap, termasuk:
Asas Blockchain & Bitcoin – faham betul-betul “tulang belakang” kripto.
Wallet & Keselamatan – cara simpan aset dengan selamat, elak hack.
Exchange & Trading – step-by-step beli & jual kripto.
Strategi Pelaburan – DCA, swing trade, portfolio mix.
Naratif Masa Depan – AI, RWA, DeFi, trend yang akan jadi besar.
Modul 1: Apa Itu Kripto?
Crypto bukan sekadar trend, ia satu revolusi kewangan. Modul ini akan bawa anda faham asas apa itu mata wang kripto, kenapa ia berbeza daripada Ringgit atau Dolar, dan kenapa dunia mula anggapnya sebagai aset masa depan.
Modul 2: Blockchain – Jantung Kripto
Blockchain ibarat buku besar digital yang tak boleh dipadam atau diubah. Dalam modul ini kita bongkar bagaimana blok, rantai, hash dan timestamp bekerja, serta kenapa ia jadi tulang belakang Bitcoin dan ribuan kripto lain.
Modul 3: Bitcoin – Legenda Kripto
Bitcoin bukan saja duit digital pertama, tapi juga simbol kebebasan kewangan. Modul ini ceritakan kisah kelahiran Bitcoin, bagaimana ia berfungsi, dan kenapa ia jadi rujukan utama dunia crypto hingga hari ini.
Modul 4: Asas Blockchain
Kita gali lebih dalam tentang komponen blockchain, jenis-jenis (public, private, consortium, hybrid), serta kelebihan dan kekangannya. Dari sini, anda akan nampak kenapa blockchain dianggap teknologi “game changer” untuk pelbagai industri.
Modul 5: Altcoin & Ekosistem Kripto
Bukan Bitcoin saja yang wujud. Ada ribuan altcoin dengan fungsi berbeza Layer 1, Layer 2, DeFi, AI, GameFi, Stablecoin, RWA, Memecoin. Modul ini kenalkan dunia altcoin, risikonya, dan peluang yang tersimpan di dalamnya.
Modul 6: Wallet, Exchange & Keselamatan Aset
Crypto tak ada bank untuk jaga duit anda. Di sini anda belajar apa itu wallet (hot, cold, custodial, non-custodial), beza CEX & DEX, seed phrase, dan langkah keselamatan penting supaya tak kena hack atau scam.
Modul 7: Cara Mula Beli & Simpan Kripto
Modul praktikal cara buka akaun exchange, buat KYC, beli kripto pertama, pindahkan ke wallet, dan guna DEX untuk token kecil. Sesuai untuk pemula yang nak “first buy” dengan selamat.
Modul 8: Elak Terkena Scam
Dunia crypto penuh peluang, tapi juga sarang scammer. Modul ini kupas jenis scam popular, phishing, pump & dump, Ponzi, exchange palsu, airdrop fake serta bagaimana nak kenal pasti dan elak jadi mangsa.
Modul 9: Strategi Pelaburan Kripto
Tak cukup sekadar beli dan tunggu. Modul ini kongsi strategi utama pelabur: DCA, HODL, swing trade, fast cycle, portfolio hybrid, entry-exit plan, dan risk management asas survival coiner bijak.
Modul 10: Naratif & Trend Pasaran
Dalam crypto, naratif ibarat angin yang bawa layar. Dari AI, DePIN, GameFi, hingga Stablecoin, naratif menentukan coin mana naik dulu. Modul ini ajar cara spot trend awal dan bina radar pelaburan sendiri.
Modul 11: Tools & Teknik Screening Coin
Nak cari coin bagus perlukan tools. Modul ini kenalkan tools lengkap untuk analisis projek dan trading signal.
Modul 12: Masa Depan Blockchain & Penutup
Kita akhiri dengan pandangan jauh tentang CBDC, stablecoin global, RWA, identiti digital, integrasi AI + blockchain, GameFi, dan mindset pelabur jangka panjang. Modul ini ibarat kompas terakhir sebelum anda terjun lebih dalam ke dunia crypto.
Semua ini dalam bahasa santai, mudah faham, macam ada mentor duduk sebelah anda.
Apa Kata Pembaca Buku Panduan Lengkap Pemula Kripto & Blockchain